Wednesday, May 12, 2010

Microsoft's cloud computing

If you are willing to try cloud computing but not at ease about dabbling with non-Microsoft brand, read about this:


(The Star Online TechCentral, 11 May 2010)

Friday, April 9, 2010

2010 - Arahan/Tugasan 6 (Individu)

A. Kelas kali ini diperkenalkan kepada:
  1. Cloud computing
  2. Thin clients computing
  3. Collaborative works over the Internet
B. Arahan tugasan kali ini adalah:
  1. Setiap pelajar dikehendaki meneroka kemudahan Google Document di pautan berikut:
    http://docs.google.com/

  2. Sediakan fail document (serupa Word), presentation (serupa Powerpoint) dan spreadsheet (serupa Excel) menggunakan Google Document.

  3. Jadikan fail-fail tersebut boleh dikongsikan dan hantar pautan-pautannya ke:
    komunikasi.ums@gmail.com

  4. Pastikan e-mel peribadi yang digunakan untuk menghantar tugasan ini membawa imej "profesional"

Friday, March 12, 2010

Perjanjian Tarikh Mula Menilai Blog Kumpulan

Dengan ini, dirakamkan perjanjian/akujanji di antara pensyarah kursus dgn anak-anak muridnya bahawa:
  1. Penilaian blog kumpulan akan bermula pada 27 Mac 2010
  2. Setiap Arahan Tugasan 1-5 hendaklah disempurnakan sebelum 27 Mac 2010
  3. Setiap ahli kumpulan blog bertanggungjawab utk menjayakan arahan-arahan tugas
SELAMAT MENYEMPURNAKAN TUGASAN! :)

2010 - Arahan/Tugasan 5 (Individu dan Kumpulan)

  1. Perhatikan apa yg ada pada laman-laman web.

  2. Sediakan satu jadual pada blog kumpulan anda yg,
    (a) menyenaraikan apa unsur-unsur yg boleh diwujudkan pada sesuatu lelaman dan,
    (b) menerangkan fungsi unsur-unsur itu.

  3. Perhatikan extension yg terdapat pada fail-fail dalam komputer anda. Nyatakan komen anda tentang jenis-jenis fail-fail itu dalam blog kumpulan.

  4. PERINGATAN: Sudah ke dimasukkan pautan (link) dari blog kumpulan ke lelaman peribadi setiap ahli kumpulan?

Friday, March 5, 2010

2010 - Arahan/Tugasan 4

Sila semak lelaman Yahoo! dan Google dan sempurnakan arahan-arahan berikut:
  1. Senaraikan perkhidmatan-perkhidmatan yg ditawarkan oleh Yahoo! dan Google.
  2. Sediakan satu laporan utk dimuatkan dalam blog kumpulan anda yg membandingkan perkhidmatan yg ditawarkan oleh Yahoo! dan Google yg menghuraikan kelebihan atau kekurangan mereka.
  3. Jika anda diberi peluang membuat pilihan di antara Yahoo! dan Google utk membuat carian maklumat, yg mana menjadi pilihan anda dan mengapa?
  4. Selain Yahoo! dan Google, berikan enjin-enjin carian lain dan apa kelebihannya berbanding Yahoo! dan Google - itupun jika adalah :)

Friday, February 26, 2010

2010 - Arahan/Tugasan 3

  1. Kemaskini dan hantar semula tugasan tentang fungsi, perkakasan dan perisian mengikut apa yang diulas dalam kelas pada 27 Februari 2010.
  2. Buat carian tentang ICT dan security. Sediakan nota tentang carian itu. Masukkan apa-apa ilustrasi* yang bersesuaian dan hantar nota tersebut sebagai file attachment yg dienkripsi (encrypted attachment) ke e-mel komunikasi.ums@gmail.com. Jangan lupa berikan katalaluan (password) anda dalam e-mel itu.
  3. Buat carian tentang file compression. Sediakan nota berdasarkan carian itu. Masukkan apa-apa ilustrasi yg bersesuaian. Hantar ke e-mel komunikasi.ums@gmail.com

________________________

* Gunakan teknik print screen (tekan kekunci ALT dan PrtSc) yg ditunjukkan dalam kelas untuk capture paparan (image) yg relevan yg tertera pada skrin komputer. Copy & Paste imej berkenaan ke halaman nota anda utk dijadikan ilustrasi. Gunakan perisian yg sesuai untuk menyunting imej yg dicapture.

Friday, February 19, 2010

2010 - Arahan/Tugasan 2

  1. Sediakan jadual tentang 'fungsi ICT dan perkakasan serta perisian berkaitan' dalam MS Word. Berikan perincian sebanyak mungkin.
  2. Hantar sebagai e-mail attachment ke komunikasi.ums@gmail.com
  3. Salinkan (cc) kepada ahli-ahli kumpulan anda

Friday, February 12, 2010

2010 - Arahan/Tugasan 1

  1. Bahagi-bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan

  2. Setiap kumpulan hendaklah mendaftar satu blog kumpulan

  3. Alamat blog kumpulan tersebut hendaklah di hantar kepada:
    komunikasi.ums@gmail.com

  4. Setiap ahli mestilah memastikan pautan ke lelaman peribadi tertera pada blog kumpulan